Shallom..Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog ini. Blog ini bertujuan berkongsi ilmu pengetahuan, pendapat serta pengalaman yang dilalui sepanjang saya mengambil bidang kaunseling...

Thursday, July 22, 2010

Unconditional Positive Regard..?


Apakah kaitan penerimaan tanpa syarat dengan bidang kaunseling.? Seorang guru kaunselor haruslah memiliki sifat 'penerimaan tanpa syarat' seperti yang ditekankan oleh Carl Roger. Teknik Roger ini menekankan supaya kaunselor mempunyai sikap menerima klien tanpa syarat iaitu tanpa menilai tingkahlaku, peristiwa atau perasaan klien sama ada baik atau jahat. Ia harus bersedia menerima kliennya tanpa prasangka atau sebarang penilaian. Kaunselor juga haruslah juga sering berwaspada agar ia tidak memberi gambaran kepada kliennya yang ia sedia menerima kliennya, agar kliennya rasa senang terhadapnya lantas memuji, menyanjung atau menghargai kesediaanya menerima klien. Tanpa mengenakan syarat seperti ini, klien akan dapat merasa ketulenan kaunselor tadi untuk menolongnya dan dengan wujudnya persepsi dan perasaan seperti ini, maka lebih mudahlah proses perubahan personaliti berlaku, kerana tidak akan terasa sebarang ancaman.

1 comment:

  1. saya sokong ayat awk ni..sukar kita untuk menerima klien tanpa syarat,,it's not easy, but not difficulty rite..tenkiu

    ReplyDelete