Shallom..Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog ini. Blog ini bertujuan berkongsi ilmu pengetahuan, pendapat serta pengalaman yang dilalui sepanjang saya mengambil bidang kaunseling...

Thursday, July 22, 2010

Unconditional Positive Regard..?


Apakah kaitan penerimaan tanpa syarat dengan bidang kaunseling.? Seorang guru kaunselor haruslah memiliki sifat 'penerimaan tanpa syarat' seperti yang ditekankan oleh Carl Roger. Teknik Roger ini menekankan supaya kaunselor mempunyai sikap menerima klien tanpa syarat iaitu tanpa menilai tingkahlaku, peristiwa atau perasaan klien sama ada baik atau jahat. Ia harus bersedia menerima kliennya tanpa prasangka atau sebarang penilaian. Kaunselor juga haruslah juga sering berwaspada agar ia tidak memberi gambaran kepada kliennya yang ia sedia menerima kliennya, agar kliennya rasa senang terhadapnya lantas memuji, menyanjung atau menghargai kesediaanya menerima klien. Tanpa mengenakan syarat seperti ini, klien akan dapat merasa ketulenan kaunselor tadi untuk menolongnya dan dengan wujudnya persepsi dan perasaan seperti ini, maka lebih mudahlah proses perubahan personaliti berlaku, kerana tidak akan terasa sebarang ancaman.

Sunday, July 18, 2010

Bidang Kaunseling..?


Kenapa saya memilih bidang kaunseling?
Pada awalnya saya terpaksa mengambil bidang kaunseling kerana persaingan mencari pekerjaan yang ditawarkan oleh kerajaan. Kali pertama masuk kuliah, agak sukar memahami serta menerima sebab saya lebih meminati subjek sains sukan. Hmnn... Akhirnya pada awal sem 3, saya mula jatuh cinta pada bidang ini. Dengan ilmu kaunseling, dapat memahami tingkahlaku seseorang..saya juga dapat mengaplikasikan teknik kaunseling dalam kehidupan seharian...
I believe this is my destiny...