Shallom..Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog ini. Blog ini bertujuan berkongsi ilmu pengetahuan, pendapat serta pengalaman yang dilalui sepanjang saya mengambil bidang kaunseling...

Saturday, October 30, 2010

Kelebihan dan Kelemahan Kaunseling Kelompok



Kelebihan kaunseling kelompok

Sangat praktik kerana dapat mengurangkan bebanan kaunselor

Dapat menyelesai masalah yang sama di antara klien

Klien mendapat kebebasan untuk meneroka masalah interpersonal dan bebas meluahkan perasaannya

klien akan mendapat maklum balas yang positif dari ahli kelompok

Klien dapat mencuba tingkah laku baru dalam keadaan selamat

Dapat memupuk perasaan percaya mempercayai dan hormat menghormati di antara klien

Dapat mewujudkan satu sistem sokongan bagi ahli kelompok

Dapat meningkatkan konsep kendiri klien



Kelemahan kaunseling kelompok

Tidak sesuai untuk semua klien

Klien berasa tertekan apabila berhadapan dengan orang lain

Klien sukar meluahkan perasaan kepada orang lain jika masalahnya terlalu peribadi

Kaunseling Kelompok




Definisi

Kaunseling kelompok membuka jalan kepada individu mengubah sikap dan tingkahlakunya, mengikut nilai dan tanggapan asal sesebuah kelompok.

Semua fungsi ini digunakan dalam sesebuah kelompok kecil dengan berkongsi masalah peribadi bersama rakan sebaya.

Matlamat

Membantu pertumbuhan pelajar dalam bidang akademik serta mewujudkan interaksi individu yang lebih sihat.

Mewujudkan program pencegahan yang dapat mengurangkan krisis dalam diri dan krisis di antara individu.

Mengurangkan masalah disiplin serta mewujudkan suasana yang lebih seronok di sekolah.

Menanamkan rasa penerimaan diri sendiri dan belajar untuk megurangkan jual mahal atau tarik diri.

Menyedari dan menerima beberapa persamaan dalam diri seseorang.
Membolehkan seseorang itu sabar terhadap sebarang kesusahan.



Ciri-ciri

Memberi focus kepada pemikiran sedar dan tingkah laku.

Penyertaan haruslah secara sukarela. Peserta harus bersedia berkongsi pengalaman dan bersedia mengubah diri.

Sebelum menjadi peserta, penerangan yang jelas tentang objektif kelompok harus diberi kepada peserta dan pentadbir.

Bentuk kelompok yang beraneka jenis ideal jika mempunyai 8 hingga 10 ahli yang berjumpa sekali atau dua kali seminggu selama 1 hingga 1½ jam dalam 3 hingga 5 sesi. Jumlah sesi bergantung kepada keperluan peserta serta kemampuan kaunselor.

Peranan seorang peserta kelompok amat penting dalam keberkesanan kelompok. Seseorang peserta mempunyai sumber teraputik untuk menolong peserta-peserta lain.

Kerahsiaan menjadi etika yang penting dalam kaunseling kelompok.

Aktiviti kaunseling hendaklah dirancanng dengan baik.
Setiap ahli kelompok boleh mencadangkan sesuatu yang boleh member kebaikan bersama.

Seelok-eloknya ahli kelompok terdiri daripada mereka yang sama peringkat kematangan umur.

Seorang kaunselor mungkin sebagai pemehati sahaja.

Tuesday, September 21, 2010

Pesakit Mental Bertambah..



Laporan akhbar harian Kosmo! bertarikh 27 November 2008 menyebut bahawa Negeri Sembilan mencatatkan jumlah pesakit mental, diabetes dan obesiti di kalangan orang dewasa paling tinggi di negara ini.

Menurut laporan Kajian Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi Ketiga pada 2006, antara punca gangguan mental adalah kemurungan. Ia dijangka menjadi punca utama penyakit mental menjelang tahun 2020.

Kemurungan adalah sejenis penyakit mental yang banyak berlaku tetapi kurang didiagnosis sehinggalah pesakit menjadi teruk dan memerlukan rawatan rapi. Hampir kesemua pesakit yang murung mengalami episod mood yang rendah dan hilang minat untuk melakukan aktiviti yang digemarinya sebelum ini.

Pesakit yang dilanda kemurungan juga sering mengalami kesedihan, rasa cemas atau mudah marah, rasa rendah diri yang ketara, rasa bersalah tidak bertempat, rasa tidak berupaya, gelisah serta kesukaran menumpukan perhatian dan mungkin juga menyisihkan diri daripada masyarakat, keluarga dan rakan serta cubaan membunuh diri. Kesemua faktor itu juga boleh menjurus kepada satu perlakuan yang ganas termasuk membunuh.




Pakar psikiatri dari Kedah Medical Centre (KMC), Dr. Wan Mohd Rushdi Wan Mahmud berkata, seseorang yang berada dalam keadaan di luar sedar mampu melakukan perbuatan yang pelik, luar biasa, kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Menurutnya, mereka yang betul-betul buat (perbuatan kejam) adalah mereka yang telah lama mengalami gangguan jiwa. Biasanya, individu terbabit sudah sampai ke peringkat teruk atau psikotik sehingga kerap mengalami halusinasi.

Katanya, apabila seseorang mengalami halusinasi, mereka seolah-olah mendengar suara-suara tertentu yang sebenarnya tidak wujud.

Beliau berkata, suara-suara itu pula biasanya menyuruh mereka melakukan sesuatu yang kadangkala tidak masuk akal.

"Ada suara yang menyuruh individu terbabit membunuh diri atau mencederakan atau membunuh individu tertentu yang dianggap mengancam keselamatan mereka.

"Dalam hal ini, individu terdekat seperti ahli keluarga sama ada ibu, bapa, adik-beradik, sepupu, datuk, nenek atau saudara mara kerap menjadi mangsa," ujarnya.

Beliau menjelaskan, suara-suara 'ghaib' itu muncul daripada kepercayaan-kepercayaan salah terhadap sesuatu perkara. Misalnya, pelaku mempercayai ada orang mahu membunuhnya dan kepercayaan itu mendorongnya membunuh individu tersebut sebelum dirinya menjadi mangsa.

"Pelaku merasakan lebih baik bunuh orang itu dahulu, sebelum orang tersebut membunuh dirinya. Inilah bisikan yang sering kedengaran di telinga mereka," katanya.

Selain itu, katanya, mereka yang mengalami gangguan mental kerap merawat diri sendiri dengan mengambil dadah-dadah tertentu dan ia menjadikan gangguan yang dialami bertambah teruk.

"Penggunaan dadah seperti ice, syabu, heroin dan morfin akan menyebabkan mereka kerap membayangkan benda-benda pelik dan keadaan itu lebih mendorong mereka bertindak di luar kebiasaan,"tambahnya.




Perunding Psikologi, Khairul Anuar Masuan berkata, terdapat dua faktor yang menyebabkan stres iaitu dalaman dan luaran.

"Faktor dalaman menyaksikan emosi seseorang tidak kuat, misalnya takut melihat darah. Jika jiwa dia kuat, melihat darah bukanlah satu masalah kepadanya.

"Faktor luaran pula melibatkan seseorang kerap memikirkan perkara yang sama berulang kali. Sehinggakan bangun tidur pada waktu pagi pun dia boleh teringatkan perkara itu. Malah, ada yang terbawa-bawa di dalam mimpi.

"Keadaan itu, jika tidak dirawat boleh membawa kepada kemurungan dan kesan daripada itu, mereka boleh berhalunisasi sehingga bertindak di luar kebiasaan," ujarnya.

Beliau mengakui jumlah pesakit yang mengalami gangguan mental semakin meningkat. Justeru, pelbagai pihak perlu bekerjasama menanganinya.

"Saya nasihatkan cuti hujung minggu digunakan dengan bijak agar segala tekanan yang bersarang di dalam diri sepanjang minggu itu dapat dilepaskan.

"Riadah bersama keluarga atau melakukan aktiviti luar yang digemari boleh membantu mengurangkan tekanan," ujarnya.

Apapun persepsi orang ramai terhadap kes terbaru yang menggemparkan itu, ia bukanlah lebih menjurus kepada siapa dan negeri mana paling banyak terlibat dalam permasalahan berkaitan kesihatan mental. Apa yang perlu dilakukan adalah masalah kesihatan terutama yang bersangkutan dengan mental hendaklah ditangani segera supaya sebarang bentuk tekanan, kemarahan, keganasan, kemurungan dan bunuh diri dapat dielakkan.

Kemahiran Menyoal



Soalan merupakan kaedah yang paling banyak digunakan dalam sesebuah sesi kaunseling. Ini adalah kerana ia merupakan cara yang paling mudah untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Biasanya, soalan akan ditanya oleh kaunselor dan dijawab oleh klien. Soalan-soalan yang dikemukakan haruslah berkaitan dengan usaha menggalakkan klien menjelajah dan memahami perasaannya. Di samping itu, soalan yang ditanya perlu mempunyai tujuan yang tertentu dan berupaya untuk menarik perhatian klien untuk meluahkan perasaan dan masalahnya tanpa merasa dirinya terggugat. Matlamat menyoal adalah untuk mendapatkan maklumat dengan cepat, mendapatkan maklumat lanjut dan akhir sekali untuk mendapatkan kepastian. Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan oleh kaunselor iaitu soalan jenis terbuka dan tertutup.

o Soalan tertutup ini ialah soalan yang menghadkan kepada satu atau beberapa perkataan sahaja dan jawapan ini dapat memberikan maklumat yang khusus. Tujuan mengadakan soalan tertutup kepada klien adalah untuk mendapatkan kepastian bagi sesuatu fakta dan mendapatkan maklumat yang khusus. Soalan tertutup adalah soalan yang khas yang cukup sekadar dijawab dengan gerak balas yang ringkas, tepat dan padat. Ia lebih spesifik dan memerlukan jawapan yang mempunyai satu atau dua perkataan sahaja, seperti ‘ya’ atau ‘tidak’.

o Soalan terbuka bertujuan menjemput perbincangan, penjelasan dan huraian yang panjang lebar. Ia tidak memerlukan jawapan yang khusus. Soalan terbuka ini dapat menimbulkan rasa selesa pada diri klien dan rasa diterima. Matlamat bertanyakan soalan terbuka adalah untuk menggalakkan penerokaan dan pengembangan kepada perkara yang sedang dirundingkan. Selain itu, soalan terbuka dapat memberi ruang kepada klien meluahkan perasaannya mengikut arah yang dipilihnya sendiri dan dikhususkan oleh kaunselor.

Monday, September 20, 2010

Apa itu stress?


Stress?

Apa jua keadaan atau situasi yang mengancam atau mengganggu keadaan diri seseorang dan menyebabkan individu memerlukan keupayaan dan cara untuk menghadapinya.

Tindak balas menentang atau melarikan diri bila tergugat atau kebingungan.


Kenapa Ia Berlaku?

Kematian orang yang tersayang







Masalah rumahtangga


Tekanan tempat kerja


Kesepian


Simptom-Simptom Stress


Moody, Bimbang, Takut, Mudah Terasa










Adakah anda tergolong dalam individu yang stress....?

Info Kesihatan



Buah terung, avokado, pear baik untuk kesihatan serta fungsi rahim dan serviks wanita. Bentuk buah-buahan tadi kelihatan seperti organ tersebut. Kajian terkini menunjukkan apabila seseorang wanita memakan sebiji avokado setiap minggu, hormonnya seimbang, membuang berat kelahiran yang tidak diperlukan dan menghindari kanser serviks. Adakah fakta ini berkebetulan? Pokok avokado mengeluarkan buah masak dalam tempoh sembilan bulan selepas ia berbunga.



Buah ara mempunyai biji yang banyak dan bergantungan di pokok dua setangkai. Buah ara dapat meningkatkan motiliti sperma lelaki serta meningkatkan jumlahnya dan juga mengatasi masalah kemandulan lelaki.





Bawang besar kelihatan seperti sel tubuh. Kajian masa kini menunjukkan bawang besar dapat membantu membersihkan bahan sisa dari sel-sel tubuh. Ia juga boleh menyebabkan air mata yang membasuh lapisan epitelial mata

Thursday, August 12, 2010

Program Program Yang Telah Dijalankan..



Program bersama penduduk FELDA di Negeri Sembilan (Sem 1).




Program wacana "1Malaysia" iaitu program menyambut perayaan-perayaan yang disambut masyarakat Malaysia (sem 2).




Kem di Kalumpang yang dibimbing oleh En Aziz Yatim. Banyak ilmu yang ditimba semasa melalui kem ini..(sem 3)




Program bersama bekas penagih dadah. Tujuannya menimba pengalaman dan memperoleh pengetahuan dan maklumat dari penagih dadah.Ianya amat berguna apabila bakal kaunselor dipostingkan ke sekolah nanti..(sem 4)




Terkini..program bersama murid-murid SK Kerling. Rasa bangga sebab dapat mengendalikan program 2 hari 1 malam...ribuan terima kasih kepada pihak sekolah dan En Aziz Yatim (sem 5).