Shallom..Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog ini. Blog ini bertujuan berkongsi ilmu pengetahuan, pendapat serta pengalaman yang dilalui sepanjang saya mengambil bidang kaunseling...

Sunday, August 8, 2010


Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling. Selain dari tutur kata, gerak geri klien semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama. Mendengar merupakan kemahiran yang paling penting dalam proses kaunseling. Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan. Kaunselor juga boleh menunjukkan kemahiran mendengarnya dengan beberapa cara seperti berikut ;

1. Menyatakan semula

2. Menggambarkan semula

3. Memberikan respons

No comments:

Post a Comment